Wanita ini pernah bekerja sebagai mekanik kapal terbang, lulus ujian sebagai pramugari dan ‘pekerjaan terbarunya’ mengagumkan semua orang

Wanita ini pernah bekerja sebagai mekanik kapal terbang, lulus ujian sebagai pramugari dan ‘pekerjaan terbarunya’ mengagumkan semua orang

Menjadi pembantu penerbangan merupakan satu kerjaya yang diidamkan ramai dan juga dibanggakan!
Baru-baru ini, seorang juruterbang dari Thailand menjadi terkenal secara tiba-tiba setelah kisahnya dijadikan sebagai satu inspirasi kepada ramai.
Piyathida Suphasi, 28 tahun telah menamatkan pengajian daripada Jabatan Kejuruteraan dari Universiti Chiang Mai, Thailand. Namun, sebelum mencapai hasratnya untuk mengelilingi dunia dengan menjadi juruterbang, Piyathida telah menyertai sebuah syarikat penerbangan sebagai seorang jurutera.
Tidak lama kemudian, dia memutuskan untuk menggunakan peluang ini dan mengembara ke seluruh dunia!
Jadi, Piyathida dan rakannya telah membuat permohonan jawatan sebagai pramugari dan tuah menyebelahi mereka apabila permohonan tersebut diterima.
Setelah menjadi pramugari selama tiga tahun, Priyathida akhirnya berpeluang untuk dinaikkan pangkat menjadi seorang juruterbang pula. Berikutan itu, setiap kali mempunyai kelapangan, Priyathida akan belajar memandu kapal terbang bagi meningkatkan kemahirannya.
Setelah dua tahun belajar dan berlatih, dia akhirnya lulus pelbagai ujian dan berjaya mencapai cita-citanya!
Kini, Priyathida merupakan seorang kapten juruterbang bagi pesawat komersial yang melibatkan perjalanan dari Chiang Mai ke Bangkok.
Bukan sahaja itu, Priyathida turut mempunyai kemampuan untuk menerbangkan pesawat yang lebih besar seperti Boeing dan Airbus.
Dalam satu temu bual, Priyathida ada menyatakan bahawa:
“Kerja adalah proses pembelajaran tetapi pembelajaran bukan semestinya menjadi satu pekerjaan. Walaupun kerja boleh memenatkan kita, kita harus bijak membahagikan masa untuk belajar dan melihat semula apa yang telah dipelajari”.
“Jangan kerja sehingga letih. Berusahalah untuk mengubah kehidupan kita dan sentiasa bersedia untuk menerima cabaran baru”.
Sememangnya wanita yang sungguh memberi inspirasi. Bak kata orang putih, beauty with brain. Siapa sangka daripada menjadi jurutera, wanita ini menukar kerjayanya kepada pramugari dan sanggup menghadapi pelbagai kesukaran sebelum berjaya mencapai impian untuk menjadi juruterbang!
Priyathida berjaya membuktikan dengan semangat dan minat yang mendalam, kita mampu mencapai apa jua yang dihajati walaupun ianya memakan masa.
Sumber : en.goodtimes.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==